Kerjaya Fiza Thomas

Akademi Fantasia

Fiza Thomas merupakan salah seorang daripada 14 peserta Akademi Fantasia musim ke-13 antara lain turut disertai oleh Isyariana Che Azmi, Jasper Supayah dan Ara Johari, berlangsung dari 21 Ogos hingga 9 Oktober 2016.[4] Fiza memenangi tempat kelima. Sepanjang penglibatannya di AF2016, beliau dikenali sebagai Afi dan menyanyikan lagu:[2][5]

  1. Minggu 1: "Percayalah" (Indah Ruhaila)
  2. Minggu 2: "Matahari" (Maya Matahari)
  3. Minggu 3: "Kurik Kundi" (Siti Nurhaliza)
  4. Minggu 4: "Akustatik" (OAG)
  5. Minggu 5: "Bila Wajahmu Ku Bayangkan" (Sudirman)
  6. Minggu 6: "Kembali Merindu" (Slam) dan "Pelamin Anganku Musnah" (Azie)
  7. Minggu 7: "Sangsi Asmara" (Hetty Sarlene)
  8. Minggu 8: "Hatinya Tak Tahan" (Noraniza Idris) dan "Teruskan" (lagu baru; dirinya sendiri)

Bidang lakonan

Kerjaya lakonan Fiza bermula apabila beliau membintangi telefilem Bini Aku Dari Neraka (2018) yang dibintangi oleh Sharifah Sakinah dan Aiman Hakim Ridza, ia kemudian diikuti oleh telefilem Malek (2018) lakonan Que Haidar. Beliau turut bergiat aktif di pentas teater dan telah menjayakan tiga pementasan teater—iaitu Ola Bola The Musical, Bangsawan Dendam Laksamana dan Mud The Musical.

Beliau paling dikenali menerusi watak sebagai Soraya dalam iklan #Rendang SoRaya terbitan Petronas bersempena dengan sambutan Aidilfitri 2019. Dalam iklan yang berdurasi selama 4 minit ini, ia berkisarkan tentang seorang pelatih cef, Soraya yang pulang ke kampung halamannya dan cuba sebaik mungkin untuk memasak rendang ayam menggunakan resipi arwah ibunya menjelang Aidilfitri.[6] Menurut Fiza mengenai penglibatannya dalam iklan #Rendang SoRaya: "Selepas iklan itu keluar, ramai yang mula memanggil saya Soraya. Ada yang datang beraya di rumah saya dan ingin bertemu Soraya...".[7] Beliau mengakui iklan itu banyak meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.[8][9]

Pada tahun 2020, beliau memegang watak Jasmin dalam drama Syurga Untukmu lakonan Diana Danielle, Fahrin Ahmad dan Julia Farhana Marin yang bersiaran di slot Samarinda TV3.[10]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Fiza Thomas https://www.budiey.com/14-pelajar-akademi-fantasia... https://www.facebook.com/fizathomas https://www.instagram.com/hafizathom/ https://twitter.com/ziziehafizathom https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.hmetro.com.my/rap/2019/06/464877/fiza-... https://www.hmetro.com.my/rap/2019/09/498172/fiza-... https://www.hmetro.com.my/rap/2019/11/512744/terus...